Tragedi Loagan Bunut Baram

Sebuah helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Loagan Bunut, daerah Baram, Sarawak pada 18 Februari 2002 jam 6.30 petang.

Dr Voon Ai Khiong (28 tahun ) dan 3 lagi sedang dalam misi ke Long Lellang apabila menerima panggilan kecemasan menyatakan seorang wanita dari suku kaum Penan sakit tenat. Ketika itu angin kencang dan helikopter terhempas. Namun Dr Voon selamat.

Pengarah Hospital Miri, Dr Uma Devi berkata Dr Voon, yang ditempatkan di klinik Long Lama, kemudian bertolak ke Long San untuk mengambil pesakit yang dikenali sebagai Dayang Rimau, 33, untuk rawatan di Hospital Miri.

Helikopter perkhidmatan doktor udara itu membawa Dayang Rimau yang mengalami pendarahan selepas bersalin, ia terhempas dalam keadaan cuaca buruk di kawasan berpaya.

Dayang Rimau terbunuh apabila juruterbang, Kapten Raveendran A/L Ramankutty, 40, terpaksa mendaratkan helikopter Bell 206, milik Kenari Air, kerana angin kencang dan hujan lebat.

Selain Dr Voon dan Raveendran, suami wanita itu Luhat Lenjau, juga dari kaum Penan, terselamat.

Dr Uma berkata Dr Voon dan Luhat diselamatkan oleh pasukan mencari dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Miri untuk rawatan.

Raveendran, yang patah di bahu, diselamatkan oleh seorang nelayan dan dibawa ke Poliklinik Beluru melalui jalan sungai dan kemudian diterbangkan ke Hospital Miri.

Dr Voon dan Raveendran berada dalam keadaan stabil sementara Luhat, yang patah kaki, masih tidak sedarkan diri.Pihak hospital masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Dayang.

Berkaitan